Assalamualaikum .. selamat datang ke blog Dato' K a.k.a Khalil :) . Enjoy your reading

Cerita Tauladan

Kisah Sahabat Nabi - Umar Al-Khattab Merayu Pada Wanita Miskin Jangan Dakwanya Di Akhirat | Kita telah biasa membaca kisah Saidina Umar bin Al-Khattab r.a ketika menjadi khalifah (pemimpin) dengan seorang ibu miskin yang hanya memasak batu kerana anaknya kelaparan. Tetapi pernahkah kita (yang menjadi pemimpin) ambil pengajaran dari kisah tersebut?

Umar r.a dan pembantunya Aslam telah keluar menyamar dan membuat rondaan ke suatu tempat bernama Harrah. Tiba di satu tempat, Umar dan Aslam mendapati ada seorang wanita dan beberapa orang anak yang sedang menangis kelaparan.



Wanita tersebut telah mengungkit-ungkit tidak puas hati kepada Umar r.a kerana tidak membantunya. Umar memberi salam lalu menyapanya. Wanita tersebut menerangkan bahawa dia tiada makanan untuk memberi makan pada anak-anaknya. Hanya dengan merebus air dapat menenangkan anak-anaknya, dengan harapan agar nanti dapat makan apa yang dimasak oleh ibunya. Sehinggalah anak-anak itu tertidur.

Umar menangis mendengar keluhan wanita tersebut. Setelah Umar bantu wanita tersebut, wanita tersebut mengatakan sepatutnya dialah yang layak menjadi khalifah. Sedangkan dia tidak tahu bahawa yang menolongnya itu adalah Umar.

Kemudiannya Umar r.a telah memanggilnya mengadap keesokan hari, dan menghadiahkannya wang. Umar MERAYU pada beliau agar berjanji jangan MENDAKWANYA di hadapan Allah Azza wa Jalla di akhirat nanti. MasyaAllah, sampai macam itu sekali tawadhu' dan takutnya Umar pada kemurkaan Allah S.w.t.

Ini lah sebenarnya yang dikatakan Amirul mukminin, iaitu "pemimpin kepada orang-orang mukmin". Ini lah contoh tauladan yang sebaiknya dicontohi. Sedangkan Umar r.a telah dijanjikan syurga oleh Nabi Muhammad S.a.w, tetapi beliau masih lagi takut akan disoal di akhirat kelak mengenai kepimpinannya, apatah lagi kita yang langsung tidak dijanjikan syurga lagi ini.

Terima Kasih Kerana Membaca ! :)

Letter for my future wife


"Aku terima nikahnya si dia binti si ayah dengan mas kawinnya RM..."

Bermaksud :

"Aku tanggung dosa-dosa si dia daripada ibu bapanya,
apa sahaja dosa yang dia buat, daripada dedah aurat hinggalah tinggalnya solat,
aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya yang tanggung,
dan aku tanggung segala dosa anak-anakku.
Kalau Aku gagal, maka aku Dayus, Fasik & rela masuk ke neraka.
Aku rela Malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku."

Fahamilah. Ia tidak semudah apa yang anda bayangkan.


Terima Kasih Kerana Membaca ! :)

1st Chapter : For Fun


Caption : Bincangkan gambar diatas. LOL

Caption : Bangladesh? No it is Philea Resort & Spa.

LOL. Just For Fun


Terima Kasih Kerana Membaca ! :)